MMUPL: SRM FC 1-0 Cyberheat FC


Sabtu lalu menyaksikan 1 lagi kemenangan penting buat SRM dalam perlumbaan memenangi MMU Premier League. Perlawanan ini adalah ulangan semula setelah pihak Cyberheat mempertikaikan kontroversi pengadil yang memendekkan masa yang mana SRM FC berjaya mencuri tiga mata penuh dengan kemenangan 2-1 yang amat mengejutkan dan penuh dramatik bulan lalu.

SRM turun dengan semangat membara setelah menenggelamkan Spirulina 2-0 pada perlawanan liga sebelum ini. Penyerang tinggi lampai Nisham, kembali bermain setelah mengalami kecederaan hasmtring minggu lalu. Usam dan Ammar pula tidak dapat beraksi di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Amir Hamzah juga tidak dapat hadir kerana komitmen terhadap kerja manakala Zumi, masih gagal dikesan sehingga kini.

Perlawanan dijadualkan bermula pukul 5.30 petang waktu tempatan tetapi terpaksa ditangguhkan setengah jam disebabkan oleh kelewatan para pengadil. Cyberheat membariskan squad terhebat mereka yang terdiri daripada pemain-pemain luar negara yang mana seperti diketahui umum, saiz badan mereka 2 kali ganda lebih besar daripada pemain cilik kerdil SRM.
Namun, perbezaan fizikal bukan penentu kemenangan.

Cyberheat memulakan permainan dengan asakan bertalu-talu ke atas barisan pertahanan SRM. Serangan mereka tertumpu di bahagian sayap kiri dan kanan padang. Aziwan dan Haziq dipaksa bekerja keras menahan asakan demi asakan daripada pemain berkelas tinggi Cyberheat. Syukur alhamdulillah, mereka berdua tidak cepat panik, sebaliknya tenang membentes dan mempertahankan kawasan mereka.

Faris dan Shauqie yang dibantu Kapten Kenneth berhempas pulas mematahkan gerakan berbahaya pemain Cyberheat. Luqman cekap mengintai dan mencari peluang mnyalurkan bola ke hadapan tetapi bahagian serangan sedikit mengecewakan.

Setelah menyerang bertali arus, Cyberheat hampir memperolehi gol pertama mereka menerusi sepakan padu daripada pemain sayap mereka yang malangnya dinafikan oleh kehebatan tiang gol. Serangan demi serangan terpaksa dihadapi pemain SRM, namun Shawn cemerlang menampan setiap bola yang datang kepadanya.

Secara fizikalnya, SRM ternyata telah tewas tetapi dari segi mental, hero-hero kita masih enggan mengaku kalah. Setelah Kamarul dirogol, maksud saya dikasari, pengadil menghadiahkan sepakan percuma untuk SRM. Luqman membuat umpanan cantik buat Nisham yang cuba menanduk bola tetapi kudrat beliau tidak kesampaian. Bola muntah bergolek kepada Kamarul yang seterusnya menendang bola ke gawang Cyberheat. Penjaga gol mereka tewas tetapi salah seorang pemain Cyberheat menunggu di depan tiang gol. nasiib menyebelahi SRM FC apabila bola sepakan Kamarul tidak gol sebaliknya terkena tangan pemain Cyberheat.

Pengadil pantas meniup wisel dan memberikan sepakan penalti kepada SRM FC. Nisham tidak mensia-siakan peluang keemasan tersebut dengan melorongkan bola ke bahagian kanan tiang gol. Kedudukan kekal 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua masih dipegang oleh Cyberheat. Mereka menggandakan serangan namun sekali lagi, Shawn dan pertahanan beliau kebal menafikan semua cubaan pihak lawan. SRM pula hanya mencipta satu peluang gol apabila cubaan pakar sepakan sudut, Luqman mengenai tiang gol Cyberheat.

SRM memperoleh kemenangan mutlak dan tiga mata penuh setelah pengadil membunyikan wisel penamat. Kekecohan berlaku apabila beberapa pemain Cyberheat meluru mengkritik dan mempertikaikan pengadil. Walaupun ramai pihak mengatakan kemenangan SRM kali ini adalah nasib semata-mata, itu semua tidak penting kerana squad bimbingan Nasrul seharusnya menumpukan sepenuh perhatian untuk menghadapi 2 perlawanan akan datang menentang Genki Noob dan Phlamze FC.

SRM kini menghuni tangga teratas liga dengan 15 mata, 2 mata mengetepikan pencabar terdekat, Cyberheat. Tempat ke 3 liga, Fire&Flames bakal berkunjung ke Phlamze FC esok dan jika mereka menang, kedudukan selesa SRM bakal dirampas.

Majulah SRM untuk MMU.

Barisan Pemain: Shawn, Meegan, Faris, Shauqie, Aziwan(Haziq), Haniff, Luqman, Kenneth, Kamarul(Sany), Shahrom, Nisham(Ammar).

p/s: Please no rematch...............................again.


No comments: