Player Rating: SRM FC 4-1 Genki Noob

Man of the Match: Shahrom 'El Zapatos de Locura' Ermi Herman

Nasrul: 6.5 - Rating turun kali ini keran tiada lagi Gatorade. Sekian.

Shawn: 7 - Ex-Phlamze lebih banyak menghabiskan masa beliau mencabut rumput-rumput togel di hadapan tiang gol sambil menikmati pemandangan punggung tonggek 4 pertahanan beliau. Tersedar daripada lamunan namun semuanya telah terlambat apabila Genki Noob menjaringkan gol saguhati pada minit-minit terakhir permainan.

Meegan: 7 - Bermain dengan sangat baik tetapi kegagalan Meegan mengeluarkan bola dengan kemas menyebabkan SRM dibolosi dan perkara tersebut agak mencacatkan persembahan beliau hari ini.

Faris: 8 - Faris menjaringkan gol sulung beliau sepanjang setahun lebih berkhidmat di bawah naungan SRM FC. Gol pertama tersebut jelas menaikkan semangat dan kesungguhan Faris apabila beliau hampir merobek gawang lawan buat kali kedua namun cubaan tersebut berjaya ditepis keluar.

Shauqie: 7.5 - Buntu menunggu serangan lawan, Shauqie mengambil kata putus untuk menyertai skuad ofensif melancarkan asakan. Sering bersendirian kerana ditinggalkan teman seposisi beliau, Faris.

Aziwan: 6.5 - Persembahan Aziwan kali ini agak mengecewakan. Walaupun kawasan jagaan beliau jarang diceroboh lawan, Aziwan agak gopoh hari ini. Sangat bertuah tidak dilayangkan sebijik kad merah di atas terjahan tinggi beliau yang tepat menujah dahi pemain Genki.

Haniff: 7 - Persembahan yang bagus walaupun masih lagi dilanda demam panas. Pandai membuka ruang luas ke tepi dan melakukan hantaran-hantaran silang berkualiti tinggi. Perlawanan selepas ini memerlukan beliau berada dalam keadaan 100% sihat walafiat.

Kenneth: 7.5 - Boleh dilihat berlari di mana-mana bahagian padang memenangi bola dan membantu serangan. Sememangnya stamina beliau mengagumkan. Cuba mencari gol karier kedua beliau namun sering dinafikan nasib. Mengetua pasukan beliau dengan tenang dan berkarisma.

Luqman: 8 - Luqman.. Luqman.. Luqman.. Ternyata Luqman 2 tahun dahulu kini bangkit semula. Lorongan cantik beliau kepada Shahrom berjaya 'membelah' pertahanan lawan. Berjaya meledak bola masuk ke dalam longkang dan itu sememangnya peningkatan baik kerana sebelum-sebelum ini agak sukar melihat Luqman mendapat peluang melakukan cubaan.

Kamarul: 7 - Percubaan jarak dekat beliau dinafikan goalie Genki Noob yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan. Sering dikasari pemain lawan tetapi sentiasa bangun mengejar bola. Semakin bijak melengah-lengahkan bola sementara bantuan samapai. Syabas!

Shahrom: 8.5 - Diberi ruang yang mencukupi, Shahrom kembali mengganas. 1 gol dan 1 bantuan gol sudah cukup untuk menobatkan beliau sebagai 'Man Of The Match'. Apa lagi yang boleh diperkatakan tentang beliau?? What a classic performance lad.

Nisham: 6 - Persembahan yang kian merundum. Mengikut statistik perlawanan, Nisham mensia-siakan 5 daripada 7 peluang gol SRM FC. Perlu pulang dan ambil masa musahabah diri.

Subtitutions.

Haziq: 7 - Masuk menggantikan Aziwan. Sekali lagi beliau mempamerkan persembahan menggembirakan. Mempunyai 1 peluang menjaringkan gol malangnya volley beliau tersasar sedikit.

Ammar: 7.5 - Menjadi pengganti Shahrom, ternyata Ammar memberikan impak serta merta. Sentuhan pertama beliau merupakan gol ke 4 buat SRM FC. Menakjubkan.

Sany: 7 - Perkara paling ketara mengenai Sany adalah kesungguhan beliau merampas bola kembali. Masuk menggantikan Kamarul, Sany juga mempunyai 1 peluang menjaringkan gol namun sekali lagi goalie Genki cekap menampan percubaan tersebut.

No comments: