Pot Pet Pot Pet Liga Perdana MMU

MMU Premier League atau dalam Bahasa Melayunya Liga Perdana MMU semakin hampir ke penghujungnya. Minggu ini tamatlah perjalanan suka duka 10 pasukan bertarung kemampuan merebut kemenangan 3 mata penuh dalam masa singkat 60 minit dalam setiap perlawanan. Oh, terdapat sedikit pembetulan di sini.

Selepas pergaduhan besar di antara Black Emperor dan Victory FC minggu lalu, pihak MMU Football Association(MMUFA) telah mengambil kata sepakat menggantung penglibatan kedua-dua pasukan tersebut daripada arena bola sepak selama 3 bulan bermula semester ini. Perlawanan mereka yang sebelum-sebelum ini dibatalkan dan ini bermakna hanya tinggal 8 buah pasukan sahaja yang masih kekal berentap dalam Liga Perdana MMU.

Pembatalan kedua-dua pasukan tersebut bermakna kekalahan 2-3 SRM FC kepada Black Emperor dan kemenangan penuh bersejarah 1-0 ke atas Victory FC tidak diambil kira. Kiraan jumlah mata setiap pasukan turut berubah di mana SRM FC secara automatiknya merampas takhta kedudukan liga dengan jumlah mata sebanyak 15 mata daripada 6 perlawanan. Fire & Flames pula yang sebelum ini menang ke atas Black Emperor dan seri menentang Victory FC terpaksa berpuas hati dengan jumlah pungutan baru mereka iaitu 14 mata daripada 6 perlawanan.

Petang ini bakal menyaksikan Fire & Flames turun menentang Seryes FC dalam perlawanan terakhir mereka menentang Seryes. Sekiranya mereka menang, mereka bakal mengambil alih kedudukan pertama liga daripada SRM FC dengan jumlah mata sebanyak 17 mata.

Perlawanan terakhir SRM FC pula bakal berlangsung Khamis ini 27hb Januari, setelah ditunda pihak penganjur. Mereka bakal menerima kunjungan Phlamze FC, sebuah team veteran yang telah lama bertapak di MMU di mana rata-rata pemain mereka memiliki pengalaman yang tinggi dalam dunia bola sepak.

Hanya kemenangan sahaja yang mampu melayakkan SRM FC menjunjung Piala Liga Perdana MMU, piala pertama mereka dalam sejarah kelab. Itupun kalau menang. Kalau seri, atau pun kalah, bakal mencium tanah, mengesat airmata lagilah jawabnya. Almari kabinet Muzium SRM khabarnya semakin berhabuk tanpa isi.

Oleh itu, bermain bersungguh-sungguhlah kamu semua. Kata orang putih, 'all out'. Sekian.

Update: Pasukan peninjau SRM melaporkan bahawa Fire&Flames diisytiharkan menang tanpa bermain setelah lawan mereka, Seryes FC hanya mampu menghantar 3 orang pemain sahaja.

No comments: