Trivia: SRM FC vs Phlamze FC

Selasa ini SRM bakal berkunjung ke Phlamzey Road menentang Phlamze FC dalam perlawanan ke 9 dan terakhir mereka untuk kempen MMU Premier League musim ini.

Berbekalkan 18 mata daripada 8 perlawanan sebelum ini, SRM menduduki tangga teratas liga, 3 mata di hadapan musuh tradisi Fire&Flames yang mengutip 15 mata daripada 7 perlawanan, diikuti rapat oleh skuad antarabangsa Cyberheat dengan jumlah kutipan sebanyak 13 mata setelah mengharungi 7 perlawanan.

Sekiranya SRM berjaya menewaskan Phlamze minggu hadapan, secara automatiknya mereka berjaya mengisi 1 slot Tiga Pasukan Teratas. Tetapi andainya mereka kalah ataupun sekadar seri, mereka perlu mengharapkan keajaiban terjadi untuk kekal berada di tangga Top Three.

Sedikit pengenalan mengenai pasukan Phlamze FC. Pasukan ini telah bertapak kukuh di MMU selama lebih kurang 4 tahun dan banyak melahirkan pemain-pemain berkualiti tinggi.

Pertembungan ini bakal menyaksikan kepulangan semula Kapten Kenneth dan Shawn ke Phlamzey Road. Untuk pengetahuan semua, Kenneth dan Shawn merupakan bekas pemain penting Phlamze dan telah berkhidmat bertahun-tahun lamanya bersama pasukan tersebut sebelum mereka bersetuju menyertai SRM FC.

Setelah buntu meng'google', penulis berasa sangat hampa kerana membuang masa mencari definisi 'Phlamze' yang mana Wikipedia sendiri pun asyik memberi komen 'Your search did not match any documents.".

Shawn dan Kenneth, sila sediakan strategi berkesan untuk menghadapi mereka nanti okay.

Majulah SRM FC untuk MMU.

No comments: